Rabu, 30 Disember 2009

Lelaki luah perasaan tanpa kata-kata

ANDA mungkin antara wanita bertuah. Cantik, berjaya dan hidup mewah kerana memiliki kerjaya hebat. Kalau sudah berkeluarga, anda bagaikan menghampiri kesempurnaan kerana dianugerahi suami penyayang serta dilimpahi kemewahan. Ringkasnya, apa lagi yang anda dambakan dalam hidup kerana semuanya sudah dimiliki.

Percaya atau tidak, jika pada zahirnya anda kelihatan sempurna, hakikatnya dalam hubungan bersama suami, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki.

Hubungan dengan suami atau teman lelaki ada ketikanya melalui fasa agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara.

Ia mungkin nampak kecil hanya disebabkan wanita kurang memahami suami atau teman lelaki atau mungkin, suami atau teman lelaki yang tidak faham naluri dan kehendak wanita.










Dalam hal ini, ada sesuatu harus dipelajari kedua-duanya untuk mencapai persefahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan:





Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan.

Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana saja.


Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.


Wanita suka diberi perhatian dan ada kalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.


Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.


Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.


Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.


Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah 'mengata dan mengutuk' jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.


Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.


Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.


Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita melakukan 'kawalan' kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.


Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.


Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.


Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan.

Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi faedah.


Sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita.


Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.


petikan dari harian metro

Resipi Hati Lara

Bahannya (untuk hidangan 4 orang):

1/2 kilogram hati lembu

1/2 kilogram limpa lembu

1/2 kilogram daging batang pinang

1/2 kilogram paru



Bahan dikisar:

20 tangkai cili kering

10 tangkai cili padi

20 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci lengkuas

1 inci halia

4 batang serai



Bahan tumis:

1 cawan rempah Bukhari

1/2 cawan rempah beriani

1 cawan kerisik

3 helai daun kunyit (mayang halus)

2 kiub pati ayam

1 biji kelapa (jadikan santan semangkuk atau boleh guna susu rendah lemak)

1 buku gula Melaka



Cara memasak:



Daging, paru, hati dan limpa direbus terlebih dulu dalam api perlahan dan simpan air rebusan.


Panaskan minyak untuk menumis.


Masukkan bahan kisar.


Goreng hingga pecah minyak.


Masukkan semua bahan (rempah) dan reneh sampai masak.


Masukkan kerisik, santan dan tambah sedikit air serta daun kunyit yang dimayang.


Masukkan gula merah, kacau dan hidangkan.


petikan dari harian metro

10 jenis lelaki perlu dijauhi

SUKARKAH mencari teman yang serasi, memahami, melimpah kasih sayang dan penuh pengertian?

Ada kemungkinan menemui insan sedemikian, namun mungkin sukar untuk kekal menjadi kekasih setia.

Mungkin juga ramai wanita sanggup membujang sampai ke tua disebabkan kebanyakan teman lelaki yang didampingi tidak mendahulukan kejujuran dalam perhubungan.

Justeru, wanita menjadi keras hati dan seterusnya mahu hidup membujang selama-lamanya kerana sasaran untuk mendapatkan lelaki yang terbaik semakin sukar.










Barangkali juga ada wanita yang sudah mempunyai seseorang untuk dijadikan sandaran masa depannya. Namun, pada masa sama, lelaki itu pula ramai teman wanita malah hanya mahu berfoya-foya, lantas dia bukanlah pilihan terbaik.




Terdapat juga segelintir wanita yang bahagia jika memperoleh lelaki jenis yang dimaksudkan - prihatin, simpati, romantis dan menepati apa yang dicari selama ini.

Sebenarnya dalam dunia ini, ada pelbagai rupa lelaki sama ada berhidung belang, si buaya darat mahupun si kaki kikis yang nyata menyusahkan hidup.

Renungkan sedikit panduan berikut untuk membantu anda mencari pasangan. Wanita perlu berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang disenaraikan ini:



Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tetapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius".

Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalin hubungan lebih lima tahun dengannya.

Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.


Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu.

Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?


Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tetapi mesra.

Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang.

Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan membuang masa.


Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesiesnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya.

Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakah anda di hatinya?


Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah.

Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.


Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing.

Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.


Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?


Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda.

Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri.

Ada masalah yang remeh pun hendak diberitahu, menghantar SMS atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.


Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu.

Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda di bawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?


Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padanya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya.

Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana.


petikan dari harian metro

Selasa, 22 Disember 2009

Kerabu obor-obor

Bahannya:

200 gram obor-obor

2 batang serai

4 biji cili padi

1 biji bawang merah

4 batang daun ketumbar

2 sudu sos cili

1 sudu gula

1 sudu sos ikan

2 sudu jus limau nipis



Cara membuatnya:

1. Obor-obor dipotong kecil dan dicuci hingga bersih.

2. Masak air hingga mendidih dan celur obor-obor berkenaan selama 10 saat saja. Kemudian, angkat dan rendam dalam air selama satu jam.

3. Hiris serai, cili padi, bawang merah dan daun ketumbar.

4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. Biarkan di dalam peti sejuk selama satu jam.

5. Selepas itu toskan airnya dan sedia untuk dihidangkan.



Tip Chef Harun untuk menyimpan obor-obor lebih lama:



Selepas dibersihkan dan dicelur selama 10 saat, masukkan obor-obor berkenaan ke dalam air sejuk dan simpan dalam peti sejuk.


Air rendaman perlu ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Pastikan bekas digunakan untuk membasuh serta menyimpan obor-obor bebas daripada minyak kerana bahan berkenaan boleh menyebabkan obor-obor cepat rosak.


Sekiranya obor-obor dijaga dengan betul, ia boleh disimpan sehingga berbulan-bulan lamanya.

petikan dari harian metro

Masak lemak ayam cili padi

Bahan:

1 ekor ayam

3 biji cili merah

2 batang serai

1 labu bawang besar

1 keping asam gelugur

1 1/4 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (1 biji diambil santan, 1/4 biji dijadikan kerisik)

20 cili api atau cili kering pedas

2.5 sm kunyit hidup

Garam secukup rasa



Cara membuatnya:



Ayam dipotong mengikut cita rasa.


Cili api, cili merah dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat, serai dititik serta bawang besar dimayang halus.


Masukkan ayam dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk berserta bawang yang sudah dimayang, serai dan santan.


Masak hingga mendidih. Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisik, kacau hingga rata.


Apabila ayam sudah empuk, masukkan garam secukup rasa.


Siap untuk dihidang.


petikan dari harian metro

gamberetti alla pinoli

Bahannya:



320 gram udang segar


40 gram cili kering

4 ulas bawang putih dimayang

40 gram kacang pinus panggang

80 gram cendawan butang dihiris

20 gram daun parsli Itali

40 mililiter air rebusan kepah

160 mililiter minyak zaitun untuk menggoreng

Garam untuk perasa

Serbuk lada putih

480 gram pasta capellini



Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak zaitun untuk menggoreng, kemudian masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan hirisan cendawan butang.

3. Masukkan cili kering dan kacau.

4. Kemudian, tambahkan kacang pinus panggang dan kacau sebati.

5. Masukkan udang dan masak hingga kemerahan, kemudian campurkan hirisan daun parsli Itali, kacau sebati.

6. Tuangkan air rebusan kepah ke dalam campuran bahan diikuti sedikit garam dan serbuk lada putih.

7. Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan pasta yang dicelur selama seminit. Kacau sebati selama seminit.

8. Chef Mohd Adib menunjukkan hidangan mudah pasta cara Itali.



Tip chef:



Seeloknya, pasta yang digunakan disimpan di tempat sejuk untuk mengelakkan terdedah kepada udara dan menyebabkan teksturnya kering.


Gunakan hanya bahan segar terutama makanan laut, sayuran serta air rebusan untuk membuat pasta bagi mengelakkan rasa kurang enak.



Terima Kasih:

Resipi disediakan Chef Mohd Adib Hassan daripada restoran Favola, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

petikan dari harian metro

Khamis, 17 Disember 2009

Kacang hijau untuk cantik

SIAPA sangka kacang hijau atau nama saintifiknya phaseolus radiatus L yang selama ini digunakan sebagai bahan masakan menjadi bahan utama membantu mendapatkan kulit yang lebih mulus, lembut dan berseri.

Antara kandungan bahan yang ada pada kacang hijau ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, vitamin dan vitamin B2.

Selain mencantik dan memulihkan kulit wajah daripada masalah kelesuan, kacang hijau turut digunakan dari segi membantu membuang angin serta melancarkan proses pelawasan badan.

Tanaman kacang hijau banyak diusahakan di sawah dan ladang yang bertanah lembap serta perlu mendapatkan sinar matahari secukupnya.












Tumbuhan perdu berbatang basah dan tingginya boleh mencapai tiga meter ini adalah tanaman pendek bercabang tegak.




Walaupun tidak ramai menggunakan kacang hijau sebagai bahan kecantikan, ia tidak menggentarkan semangat pengusaha pusat kecantikan Aura Wellness Spa, Sivananthan dan isterinya, Mithila Sathasivam untuk mengetengahkan produk berkenaan.

Proses rawatan menerusi spa muka Aura selama 45 minit itu menyediakan urutan wajah menggunakan minyak aroma selama 15 minit bagi menghilangkan ketegangan muka selepas seharian bekerja.

Seluruh wajah diurut menggunakan teknik tertentu bagi menghilangkan tekanan serta memberikan kesan kelegaan maksimum kepada pelanggan.

Kemudian proses sental wajah menggunakan kacang hijau mula dilakukan. Kacang hijau berkenaan dilumur ke seluruh wajah terlebih dulu dan dibiarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan.

Wajah pelanggan juga akan diletakkan pupur pulut hitam selama 20 minit. Lapisan berkenan perlu disapu dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan kesan diingini.

Ketika ini pelanggan akan berasa kulit wajah mereka seolah-olah digigit semut kecil, bagaimanapun ia tidak memudaratkan dan berlanjutan hingga pupur berkenaan kering sepenuhnya.

Spa muka berkenaan lain daripada yang lain menerusi bahan yang digunakan manakala harga ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM48.

Semua produk yang digunakan dalam setiap rawatan disediakan spa berkenaan menggunakan bahan semula jadi daripada jenama Tanamera yang tidak memberikan sebarang kesan memudaratkan kepada pelanggan.

Mithila berkata, selain rawatan wajah menggunakan kacang hijau, pusat kecantikan itu turut menyediakan rawatan urutan untuk ibu lepas bersalin secara tradisional yang diubah mengikut keperluan pengguna masa kini.

Malah tukang urut disediakan juga memiliki kepakaran yang diiktiraf kerana sudah menghadiri kursus diperlukan bagi memperoleh sijil melakukan rawatan berkenaan.

Menurutnya, walaupun digabungkan dengan cara moden untuk melakukan rawatan urutan lepas bersalin, ia tidak sedikit pun mengubah perkara asas yang perlu dilakukan terhadap ibu lepas bersalin.

"Kami masih mengikut cara lama walaupun kaedah digunakan berlainan kerana pantang larang lepas bersalin masih sama dan ia wajar diikuti untuk kebaikan wanita berkenaan.

"Jangan memandang remeh perkara ini kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri pada masa depan," katanya ketika ditemui di pusat kecantikan berkenaan di No 11-1, Jalan Remia 4, Bandar Botanic, Klang, Selangor baru-baru ini.

Antara pakej rawatan lain disediakan ialah spa Aura Tradisional Boreh berharga RM98 selama satu jam 30 minit serta spa pengantin Aura yang boleh dicuba pasangan bakal raja sehari bernilai RM198 untuk tiga jam rawatan.

Selain itu, spa terbabit turut memberikan potongan harga sehingga 50 peratus kepada pelanggan yang membuat rawatan pada setiap Ahad.



Info:



Kacang hijau antara makanan berkhasiat tinggi. Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak dalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka.


Kacang hijau mempunyai kandungan lemak yang rendah. Kadar lemak rendah itu menyebabkan bahan makanan atau minuman yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang hijau tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan jantung.


Zat gizi kacang hijau membantu menangani beberapa masalah termasuk anemia (kurang sel darah merah), mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.


Protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau membantu tumbesaran seseorang terutama kanak-kanak.


Dalam kes diabetes, kacang hijau membantu meningkatkan penggunaan glukos dalam badan. Menurut kajian makmal di Mysore, India, pesakit kencing manis kronik yang memerlukan insulin 40 unit sehari, menunjukkan penurunan ke atas keperluan insulin menjadi 20 unit sehari apabila diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau.

Kajian menunjukkan perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah, toleransi glukos dan keadaan umum pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk membantu melegakan kembung perut dan kencing tertahan.


Kacang hijau juga dikenali sebagai makanan penyahtoksik bersifat sejuk dan penawar toksik yang berkesan sejak dulu.

Ia membantu untuk menawarkan logam berat, ubat pertanian dan pelbagai racun dalam makanan. Ia dapat mempercepatkan penguraian bahan bertoksik dalam badan untuk dibuang keluar.


Petua orang tua bagi menghilangkan urat timbul di kaki turut menggunakan kacang hijau. Hanya ambil segenggam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.


Makan pada waktu pagi dan malam. Selain itu, setiap kali hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding selama 10 minit. Selepas itu barulah tidur.


petikan dari harian metro

Khamis, 10 Disember 2009

Lima kesilapan kewangan

Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.




1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia

Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian

Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun.






3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang

Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung

Jika ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.


petikan dari kosmo

Jika pasangan curang

PESONA

Jika pasangan curang




JIKA berlaku sebarang masalah dalam perhubungan seperti kehadiran orang ketiga, kesalahan sering diletakkan di atas bahu pasangan kerana sanggup menduakan anda. Sedangkan, anda sudah memberikan yang terbaik dalam perhubungan.

Ungkapan seperti 'apa salah saya', 'tidak cukupkah selama ini' dan 'apa yang kau mahu lagi,' sering dilontarkan ketika berlaku perbalahan dalam perhubungan suami isteri atau pasangan kekasih.

Namun, sedarkah anda bahawa sebahagian punca berlakunya kecurangan itu datang daripada diri anda sendiri. Kebiasaannya, pasangan pula tidak mampu untuk berterus-terang.

Hakikatnya, apabila timbul masalah seperti pasangan curang, anda tidak perlu memberontak. Sebaliknya, cuba atasi perasaan dan selesaikannya dengan cara terbaik. Tindakan mencaci dan memaki pasangan akan menambahkan lagi kekusutan perhubungan.

Minggu ini, Kosmo! memberikan beberapa tip untuk berhadapan dengan masalah pasangan yang curang.

1-Terima dengan tenang: Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.

2-Cuba berbincang: Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.

3-Bermuhasabah diri: Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan. Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi. Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.

4-Dekatkan diri kepada Tuhan: Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan. Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati. Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.

5-Cari teman untuk berkongsi masalah: Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan. Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.

6-Kenali kekurangan diri: Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor. Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang. Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.

7-Cuba perbaiki diri: Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga.



8-Tumpukan perhatian terhadap keluarga: Mungkin anda mengabaikan keluarga dan pasangan. Sebab itulah, mereka mencari kebahagiaan di luar. Luangkan masa hujung minggu dengan sebaiknya seperti melakukan aktiviti riadah atau makan malam bersama. Libatkan seluruh keluarga dalam proses tersebut.

9-Lakukan aktiviti: Apabila terlalu runsing, ramai yang memilih untuk menyendiri. Sebaiknya, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda terlupa seketika masalah yang dihadapi. Bagus juga jika anda dapat meluangkan sedikit masa di pusat kecantikan atau spa untuk menghilangkan tekanan.

10-Dapatkan nasihat pakar: Jika masalah berpanjangan dan penceraian mungkin berlaku, dapatkan nasihat pakar dan ajak pasangan menghadiri sesi kaunseling. Demi kebaikan keluarga, berdamai adalah jalan terbaik untuk dilakukan.


petikan dari KOSMO

beriani gam ala EQ

Bahannya (untuk sajian 10 orang):
2 cawan beras Basmati
500 gram ayam dipotong kecil
1/2 cawan susu
1 cawan yogurt
3 ulas bawang
1 sudu halia (dikisar)
1 sudu bawang putih dikisar
1/2 cawan tomato puri
1 sudu serbuk cili hijau
1 sudu serbuk jintan yang disangar
2 sudu serbuk masala
300 gram serbuk buah pelaga hijau
Secubit safron
1 sudu serbuk ketumbar
2 sudu daun ketumbar
7 sudu minyak sapi
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Campurkan tomato puri, yogurt, pes halia, pes bawang putih, serbuk cili hijau, serbuk kunyit, serbuk jintan, serbuk masala dan garam. Kacau sebati.
2. Perapkan ayam dengan bahan terbabit dan ketepikan selama tiga ke empat jam.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang hingga keemasan dan naik baunya.
4. Masukkan ayam yang sudah diperap dan masak selama 10 minit.
5. Tambah empat cawan air ke dalam beras. Kemudian campurkan safron dan susu
6. Campurkan serbuk buah pelaga dan ayam.
7. Masak nasi pada tekanan suhu tinggi dan kacau.
8. Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidang ketika panas.


Petikan dari harian metro

Murung cabang penyakit jiwa

SESIAPA saja boleh mengalami masalah kemurungan tidak mengira usia, jantina atau bangsa malah kanak-kanak seawal usia lima tahun juga boleh mengalami kemurungan cuma simptom mereka berbeza daripada orang dewasa.

Bagaimanapun, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki kerana mereka lebih bersikap tanggungjawab dan mengambil tahu setiap perkara secara mendalam.

Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, berkata pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang keyakinan diri, berasa rendah diri serta hidup dalam dunia mereka sendiri.

Menurutnya, jika tidak dirawat segera penghidap masalah kemurungan akan berasa dunia mereka seolah-olah tamat di situ saja dan ini menyebabkan banyak kejadian bunuh diri berlaku.










"Disebabkan itu, mereka perlu mendapatkan rawatan pakar selain ubat-ubatan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.




"Ini disebabkan kemurungan bukan kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Antara sebab wanita lebih kerap berdepan dengan kemurungan ialah perubahan peringkat hormon yang dialami sepanjang hidup mereka terutama selepas mengalami haid, hamil, selepas bersalin, pramenopaus dan putus haid.

Hormon dalam badan akan berubah sepanjang tempoh kehidupan dan wanita paling banyak mengalaminya. Ia sedikit sebanyak memberi banyak tekanan dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu katanya, tekanan atau stres melampau juga boleh mendorong ke arah kelainan ini. Kadangkala kemurungan boleh berlaku walaupun kehidupan individu berkenaan sihat dan normal.

Antara penyebab tekanan termasuklah penat dalam usaha untuk mengimbangkan antara tugasan di rumah dan tempat kerja, mempunyai pekerjaan yang berat dan membebankan, status ibu atau bapa tunggal, masalah kewangan serta perceraian ataupun kematian pasangan hidup.

"Oleh itu, keseimbangan dalam melakukan kerja harian amat perlu untuk mengelakkan tekanan dihadapi dan lakukan perkara itu setakat termampu. Jangan memaksa diri melakukan perkara di luar kemampuan diri," katanya.

Namun begitu katanya, penyakit kemurungan juga boleh diwarisi sekiranya ada sejarah kemurungan dalam keluarga.

"Bagaimanapun sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat serta tidak terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai dan menyebabkan kekecewaan, maka ia satu cara hidup yang ringkas tanpa sebarang bebanan," katanya.

Malah ramai beranggapan seseorang itu gila jika berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila dan tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa.

Menurutnya, faktor kemurungan boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti kematian anggota keluarga, putus kasih, perceraian, krisis ekonomi dan bebanan di tempat kerja serta akibat penyakit kronik.

Biasanya pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang minat terhadap perkara yang menggembirakannya. Mereka juga berasa tidak fokus, mengasingkan diri, hilang selera makan atau gangguan tidur dan kurang memberi tumpuan terhadap kerja.

Dianggarkan terdapat 300 jenis penyakit tergolong dalam penyakit psikologi dan kemurungan adalah satu cabang daripada penyakit jiwa.

Penyakit kemurungan boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan kehidupan sosial penghidapnya kerana ia satu penyakit yang menyebabkan seseorang individu berada dalam keresahan dan kegelisahan secara berterusan tanpa sebarang sebab munasabah.

Malah jika tidak ditangani secara rasional, masalah kemurungan ini boleh melarat kepada perkara lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri individu itu sendiri.

Ia sebenarnya penyakit keempat di dunia yang paling berpotensi menyebabkan ketidakupayaan individu dari segi sosial kerana kebanyakan daripada penghidap masalah ini lebih gemar menyendiri tanpa bergaul dengan sesiapa.


Simptom kemurungan:



Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan.

Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.

Mudah berputus asa.

Perasaan bersalah dan tidak berguna.

Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.

Hilang selera makan dan penurunan berat badan.

Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri.

Rasa tidak tenteram dan mudah marah.

Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.

Antara tip yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah kemurungan:

Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur serta mengambil pemakanan seimbang.

Dapatkan tidur mencukupi kerana tidur adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenaga secara fizikal dan mental keesokan harinya.

Elak bersendirian serta luangkan masa bersama keluarga.

Petikan dari harian metro

Rabu, 2 Disember 2009

Ikan Terubuk Asam Pedas

Ikan Terubuk Asam Pedas (untuk hidangan 6 orang)

Bahan-bahannya:

1 kilogram - ikan terubuk

100 gram - minyak masak

200 gram - bawang besar

50 gram - halia

50 gram - bawang putih

100 gram - cili kering

20 gram - belacan

20 gram - asam keping

30 gram - serbuk/kiub ayam

30 gram - garam

400 gram - kacang bendi

30 gram - daun kesum

50 gram - bunga kantan



Cara-cara membuatnya:

- Ikan terubuk dibersihkan dan dipotong-potong.

- Kisar halus bahan tumisan.

- Panaskan minyak dengan api sederhana. Tumiskan bahan tumisan hingga terbit minyak.

- Panaskan minyak dan daun kari hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar.

- Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan hingga mendidih dan masukkan daun kesum serta bunga kantan.

- Masukkan bahan perasa dan akhir sekali masukkan bendi.

- Akhir sekali masukkan ikan

petikan dari harian metro

Sajian udang tumis dan sayur campur

Udang tumis


Bahannya (hidangan empat orang):

500 gram udang saiz sederhana (dikupas kulit)

2 sudu besar minyak masak

Bahan A:

4 biji bawang merah

24 ulas bawang putih

1 tangkai cili merah


12 gram Maggi CukupRasa


1/2 sudu teh serbuk lada



Cara penyediaan (masa penyediaan dan memasak - 20 minit):

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan A hingga wangi.

2. Masukkan udang, Maggi CukupRasa, serbuk lada dan masak selama dua minit.

3. Hidangkan ketika panas.



Petua:


Makanan laut mengandungi semua sembilan asid amino penting untuk memenuhi keperluan protein harian kita.



Sayur campur



Bahannya (hidangan untuk empat orang):


2 sudu besar minyak masak



Bahan A:


12 gram Maggi CukupRasa


100 gram bunga kubis (dipotong kecil)


1 batang lobak merah (dipotong bunga)


4 tangkai putik jagung (dihiris)


3 tangkai kacang panjang (dipotong 3 sentimeter)


1 keping tempe (didadu dan digoreng hingga masak)


2 sudu besar air



Cara penyediaan (masa penyediaan dan memasak - 15 minit)

1. Panaskan minyak masak, masukkan semua bahan A dan tumis antara tiga hingga lima minit hingga sayur masak.

2. Hidangkan ketika panas.



Petua: Untuk sajian seimbang, hidangkan dengan nasi dan masakan daging.


petikan dari harian metro

Jumaat, 27 November 2009

Pondan Malaysia disunting warga Britain(apa dah jadi)

LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam.

Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.

Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.

Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.

Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.

"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris.

Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.

Jurusolek itu tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.

Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan visa pelawat tetapi 'isterinya' itu kini bakal dihantar pulang Malaysia kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan. - Agensi

Rabu, 25 November 2009

Coklat kurangkan stres

KAJIAN mendedahkan tahap stres seseorang menurun selepas makan coklat selama dua minggu.

Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa makan coklat setiap hari boleh mengurangkan stres.

Kajian itu yang diumumkan baru-baru ini, mendapati tahap stres yang tinggi pada seseorang individu mula menurun selepas makan coklat setiap hari selama dua minggu. Responden-responden kajian telah makan 40 gram coklat gelap setiap hari atau kurang sedikit daripada bar coklat Hershey's yang biasa bersamaan 44 gram.

Doktor yang telah mengambil sampel urin dan plasma darah mereka pada awalnya, kemudian mendapati selepas dua minggu, paras hormon stres mereka, kortisol dan catecholamines menurun.

Kajian tersebut bagaimanapun berskala kecil iaitu hanya melibatkan 30 orang, jadi kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk mengesahkannya.

buah amra/kedondong

In Malay it is known as buah kedondong. It is known as amra in Penang.

Amra fruit, often referred to as Indian gooseberry, is one of the richest known sources of vitamin C it contains 30 times the amount found in oranges making it useful for treating throat and respiratory tract infections..

It is regarded as sacred by Indian and Tibetan healers who believe it has special anti-ageing and immune enhancing properties. Traditionally, healers have used the dried fruit to help overcome a wide range of problems like indigestion, fever, liver problems and anaemia.

Not only is amra fruit revered by Ayurvedic (ancient Indian) practitioners, extensive research is revealing that it is beneficial in preventing and treating many conditions including stress, hay fever, arthritis, cataracts, and even cancer.

Amra is proving a useful tool in the fight against cancer

Chinese researchers have discovered that amra fruit is a rich source of therapeutic chemicals, including quercetin (which is also found in apples), gallic and ellagic acids (found in green tea), and other less well-known ones such as chebulinic acid, chebulagic acid, corilagin, and isostrictiniin (Zhongguo Zhong Yao Za Zhi. 2003 Oct;28(10):940-3).

All of these chemicals are powerful antioxidants, which help protect you from harmful free radicals that can increase the risk of a wide range of serious diseases including cancer.

Tough Decisions

Good story to reflex on many today organizationsJ! This is about decision making in the split second duration.



I would say this is “short sighted” problem and the decision maker never think the consequences of today action which will caused more damaged in later day.

Please read on and give it a thought.



Insight into Decision Making


A group of children were playing near two railway tracks, one still in use while the other disused.
Only one child played on the disused track, the rest on the operational track.

The train is coming, and you are just beside the track interchange.
You can make the train change its course to the disused track and save most of the kids.
However, that would also mean the lone child playing by the disused track would be sacrificed.
Or would you rather let the train go its way?

Let's take a pause to think what kind of decision we could make........ ........

Scroll down






Most people might choose to divert the course of the train, and sacrifice only one child.
You might think the same way, I guess.
Exactly, to save most of the children at the expense of only one child was rational decision
most people would make, morally and emotionally.
But, have you ever thought that the child choosing to play on the disused track had in fact
made the right decision to play at a safe place?

Nevertheless, he had to be sacrificed because of his ignorant friends who chose to play where the danger was.
This kind of dilemma happens around us everyday.
In the office, community, in politics and especially in a democratic society,
the minority is often sacrificed for the interest of the majority,
no matter how foolish or ignorant the majority are, and how farsighted and knowledgeable the minority are. The child who chose not to play with the rest on the operational track was sidelined.
And in the case he was sacrificed, no one would shed a tear for him.

The great critic Leo Velski Julian who told the story said he would not try to change the course of the train because he believed that the kids playing on the operational track should have known very well that track was still in use, and that they should have run away if they heard the train's sirens..
If the train was diverted, that lone child would definitely die because he never thought the train could come over to that track! Moreover, that track was not in use probably because it was not safe.
If the train was diverted to the track, we could put the lives of all passengers on board at stake!
And in your attempt to save a few kids by sacrificing one child, you might end up sacrificing hundreds of people to save these few kids.

While we are all aware that life is full of tough decisions that need to be made,
we may not realize that hasty decisions may not always be the right one.

'Remember that what's right isn't always popular... and what's popular isn't always right.'

Everybody makes mistakes; that's why they put erasers on pencils.







.

Budget 2010 Personal Income Tax Changes

For your update, below please find Budget 2010 Income Tax Changes that is relevant to individuals :



1) Maximum Tax Rate for chargeable income exceeding RM100,000 be reduced from 27% to 26%

Effective Date : YA 2010



2) Personal Relief be increase from RM8,000 to RM9,000

Effective Date : YA 2010



3) Relief on Contribution to EPF & Life Insurance be increase from RM5,000 to RM6,000

The Additional RM1,000 relief is given soly in respect of annuity scheme premiums paid to insurance companies contracted with effect from 1 January 2010.

It is also applicable to additional premuims paid on existing annuity schems where payment commenced from 1 January 2010.

Effective Date : On or After January 2010



4) Individual who pay for their own broadband subscription fees be given tax relief on broadband subscription fees up to RM500 per year.

For those who wish to claim the RM500 Broadband Relief, please make sure the Broadband's billing is under the Taxpayer's name and the payment made is either by Cash or If it is by using Credit Card,

it must be charged to the Taxpayer own credit card. Otherwise it would not be allowed for deduction.



With the knowledge of above Income Tax Changes, you may start doing your Tax planning for Year 2010 in order you may fully utilise the Tax Relief given.



For those who are not really clear on Persoanl Relief entitlement for each individual, below please find the list of Personal Relief which is applicable for YA 2009 :



- RM8,000 Personal Relief

- RM5,000 Medical expenses for Parents

Parents medical bills or receipt to keep (even accepted Pharmacy Receipt)

- RM5,000 Medical expenses for taxpayer, spouse and children on serious diseases

* RM500 Complete Medical Examination Expenses (RM500 Limit sharing the RM5,000 Limit for serious diseases Medical Expenses)

- Disbale Person (further deduction)

* Own RM5,000

* Spouse RM2,500

- RM5,000 Supporting equipment for Disable Person, spouse, children or parent

- RM3,000 Wife/Husband Relief if she has no source of income or elects for combined assessment

- Child Relief (claimed by either husband or wife)

* RM1,000 per child (below 18 years of age)

* RM5,000 per disbale child (unmarried)

* RM4,000 oer child (above 18 years of age who is studying full time)

@ Overseas University, colleges or similar establishments

@ Local University, colleges or similar establishments

- RM6,000 EPF & Life insurance premium

- RM3,000 Education or Medical premium

- RM1,000 Annuity premium on annuity purchased through EPF Annuity Scheme

- RM5,000 Fees for acquiring technical, vocational, industrial, scientific, technological, law, accounting, Islamis financing, skills or qualifications at tertiary level or any course of stury at post graduate level

- RM1,000 Purchase of books, journal, magazines and other similar publications (excluding newspaper or banned publications) for the use of taxpayer, spouse or children

To keep receipt for the purchase of any book or magazines except newspapers

- RM3,000 Purchase of Computer (Given once in three years)

- RM3,000 Net amount deposited into Skim Simpanan Pendidikan Nasional for child

Instead of saving in normal Kids Saving A/C, you may save in SSPN A/C in order to utilise the RM3,000 Relief. You may start to save now but before 31 Dec 2009 in order to qualify for the Relief.

- RM300 Purchase of sports equipment (Not include attire and shoes)

To keep receipt for the purchase of sport equipment

- RM10,000 Interest paid on housing loans for 3 Consecutive Years (S&P singining between 10 Mac 2009 to 31 Dec 2009)



Hope the above is helpfull to you All. Thank you !

Ahad, 22 November 2009

Sindrom miofasia

Oleh DR NIZAR ABDUL JALIL
Pakar Bius dan Kesakitan Kronik, Hospital Universiti Sains Malaysia


Sindrom miofasia (myofascial pain syndrome) adalah kesakitan kronik membabitkan otot rangka dan fasia (tisu perantara). Rasa sakit biasanya membabitkan dua atau tiga kumpulan otot yang berdekatan dan amat sakit apabila dipicit.

Kesakitan kronik ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan tapi tempat biasa adalah di otot leher, belakang, pinggang, punggung dan dada.

Kenapa anda perlu tahu sindrom miofasia? Penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai gejala klinikal yang pelik. Salah satu gejala utamanya ialah ia menyerupai penyakit serius yang lain. Salah faham selalu berlaku di kalangan pesakit dan doktor.

Anda mungkin pernah cuba mendapatkan rawatan tukang urut. Jika tukang urut berkata ada ‘ketulan’ pada otot anda yang amat sakit bila dipicit, anda mungkin mengalami kesakitan sindrom miofasia ini.










Kajian di seluruh dunia mendapati kadar kelaziman penyakit ini agak tinggi iaitu antara 20 hingga 90 peratus di kalangan pesakit yang mengalami gejala sakit otot dan tulang.




Dalam kajian yang dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini, kadar kelaziman penyakit ini di kalangan penghidap kesakitan tulang belakang yang kronik adalah 63 peratus dan 37 peratus di kalangan individu yang mengalami sakit belakang pinggang yang kronik.

Ia dinamakan 'sindrom' kerana diagnosisnya dibuat berdasarkan koleksi gejala klinikal seperti;



Sakit pada satu kumpulan otot yang agak lama/kronik.


Terdapat tempat tertentu dalam otot yang amat sakit apabila ditekan dengan jari. Pesakit sendiri dapat mencari dan menemukan tempat yang sakit ini. Anda akan ‘terlompat’ jika tempat ini dipicit atau ditekan.


Terdapat ketulan dalam otot yang dapat dirasai dengan jari


Bila tempat sakit ditekan, sakit dirasai menjalar ke tempat lain. Contohnya bila otot leher ditekan dengan jari sakit dirasai naik ke kepala dan pening.


Limitasi dalam julat pergerakan otot


Otot rasa lemah dan tidak bertenaga.


Ubat sakit urat (postan, voltaren celebrex) tidak berkesan.

Apa penyebab utama kesakitan sindrom ini?

1. Menggunakan atau menggerakkan otot yang sama berulang kali dan lama. Ini akan menyebabkan kecederaan otot mikroskopik berkali-kali secara kronik. Contohnya kerani yang sakit pada otot bahu dan leher kerana perlu mengangkat bahu berjam-jam semasa menulis.

2. Masalah perubatan yang sedia ada seperti penyakit hipotiroid, kencing manis, kekurangan darah merah.

3. Tidak bergerak dalam jangka masa lama.

4. Menggunakan otot melebihi hadnya. Ini juga akan menyebabkan kecederaan pada otot.

5. Disebabkan oleh kecederaan lain seperti cakera tergelincir, sakit sendi faset tulang belakang atau tengkuk, kepatahan dan sebagainya.

Kenapa kesakitan ini perlu diberi perhatian khusus?

Selain rasa sakit yang mengehadkan pergerakan, sindrom ini juga akan menjejaskan produktiviti dan kehidupan. Insiden penyakit ini amat tinggi terutama di zaman moden ini kerana kemodenan dan kemajuan menyebabkan skop kerja dan permainan manusia menjadi amat khusus.

Pengkhususan akan menyebabkan hanya sebilangan kecil otot dan anggota badan dikerah untuk bekerja atau bermain yang mendedahkan ia kepada kecederaan otot jika digunakan secara melampau.

Contohnya doktor gigi dan pengacara komputer akan mengalami sindrom miofasia pada otot bahu dan leher. Atlit bola lisut akan menghidap sindrom miofasia yang membabitkan otot bahu dan belikat. Malangnya gejala klinikal ini kurang dikenal pasti di kalangan doktor yang merawat kerana kurang pengetahuan.

Antara gejala utama penyakit ini ialah sakit yang dirasai menjalar ke tempat lain jika dipicit. Ini boleh menyebabkan kesilapan diagnosis klinikal jika doktor kurang arif dengan sindrom ini.

Sakit pada otot piriformis di bahagian punggung boleh merupai sakit cakera tergelincir pada tulang belakang kerana sakit dirasai berpunca dari pinggang dan menjalar turun ke kaki. Akibatnya pembedahan tulang belakang tidak berguna.

Contoh lain, sindrom miofasia otot scalene pada leher boleh menyerupai sakit cakera tergelincir pada leher kerana sakit dirasai bermula dari tengkuk dan menjalar ke tangan atau jari. Jari juga kadang–kadang berasa kebas. Sakit yang menjalar dalam sindrom ini seolah menyerupai sakit akar saraf yang berpunca dari cakera tergelincir pada tulang belakang.

Manakala kesakitan dari sindrom miofasia otot leher boleh menyerupai kesakitan berpunca dari cakera tergelincir pada tulang leher. Contoh lain, sakit sindrom miofasia otot subskapularis pada tulang belikat boleh menyerupai sakit jantung kerana pesakit akan merasa sakit dada dan sesak nafas.

Contoh gejala yang disebutkan diatas banyak saya temui dan rawat di klinik rawatan sakit kronik, HUSM. Banyak juga dikalangan pesakit yang dapat mengelak dari pembedahan yang tidak sepatutnya.

Pesakit yang menghidapi sakit sindrom miofasia pada otot leher mungkin akan mengalami gejala pening dan pitam. Kadang-kadang penglihatan jadi kabur. Ada pesakit yang mengalami gejala mudah sendawa dan loya.

Semua gejala ini boleh diaktifkan semula jika otot tertentu dipicit pada leher pesakit berkenaan. Gejala biasa ini boleh menyebabkan kesilapan dalam diagnosis dan selalu menyebabkan rawatan pesakit tersasar jika dirawat oleh doktor yang tidak tahu mengenai sindrom ini.

Kenapa pengetahuan mengenai sindrom ini masih kurang?

Sindrom miofasia pada asalnya dipelopori oleh pengamal perubatan alternatif kiropraktor Amerika Syarikat. Kemudian teori ini diterima dan diguna pakai pakar perubatan moden. Di Amerika Syarikat, kesakitan dari sindrom ini sudah lama diiktiraf dan diajar di sekolah perubatan tetapi di sini pengetahuan mengenainya masih kurang.

Rawatan

1. Senaman regangan dan kekuatan pada otot. Senaman ini mampu untuk meleraikan gumpalan otot yang menjadi punca kepada kesakitan yang dialami. Pesakit perlu belajar cara yang betul dari juru pulih anggota dan komited lakukannya secara berkala di rumah.

2. Rawatan fizikal seperti tuam dengan pek panas, teknik ultra bunyi atau gelombang pendek atau tidur atas tilam panas (boleh dibeli di farmasi atau agensi jualan langsung). Tujuannya untuk meningkatkan aliran darah setempat supaya banyak oksigen dan zat dapat dibekalkan dan toksin boleh dikeluarkan.

3. Suntikan pada tempat yang sakit. Teknik ini mampu menghilangkan sakit secara serta merta. Suntikan boleh dilakukan dengan ubat bius , air atau tanpa ubat.

4. Mengubah suai posisi, jangkamasa dan kaedah melakukan kerja harian. Tabiat kita yang tidak sihat juga boleh membawa kecederaan otot. Semuanya perlu di ubah untuk mengelak sakit ini tidak berulang.

5. Tidur yang nyenyak.

6. Ubatan. Ubat sakit urat (NSAID) seperti voltaren dan postan selalunya tidak akan berkesan. Ubat yang diperlukan selalunya yang bertindak pada sistem saraf pusat seperti, tramadol, ultracet dan oxycontin.

7. Kefahaman yang betul mengenai penyakit dan gejalanya. Ini penting kerana sindrom ini agak sukar di rawat jika pesakit tidak memberi kerjasama. Gejala yang berterusan yang mimik penyakit serius yang lain membuatkan pesakit rasa tidak puas hati. Inilah peranan yang patut dimainkan oleh doktor yang merawat.

Hemofilia penyakit gangguan darah

HEMOFILIA; antara penyakit khusus untuk lelaki yang boleh menyebabkan seseorang mengalami pendarahan spontan atau berpanjangan, terutama pada otot, sendi dan organ dalaman. Jika mereka luka pula, pendarahan biasanya mengambil masa lama untuk berhenti atau tidak berhenti bagi kes yang serius.

Hemofilia adalah penyakit gangguan darah yang terjadi akibat kekurangan atau ketiadaan satu daripada dua jenis protein untuk membekukan darah iaitu Faktor VIII atau Faktor IX. Ia adalah penyakit genetik yang dialami seumur hidup dan jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan seseorang menjadi cacat, kurang upaya atau meninggal dunia.

Walaupun hanya berlaku pada lelaki tetapi wanita juga mempunyai sumbangan kerana hemofilia diturunkan kepada anak melalui gen (bahan baka) X. Lelaki mempunyai gen XY dan wanita pula XX.

Jika lelaki hemofilia berkahwin dengan wanita normal, tiada anak lelaki yang mewarisi penyakit ini tetapi semua anak perempuannya akan menjadi pembawa gen hemofilia.










Jika lelaki normal berkahwin dengan wanita pembawa gen hemofilia, setiap anak lelaki yang dilahirkan mempunyai 50 peratus kebarangkalian mendapat penyakit ini dan kebarangkalian 50 peratus anak perempuan menjadi pembawa.




Bagaimanapun, mutasi gen (perubahan struktur bahan genetik) boleh berlaku secara spontan dan dianggarkan 30 peratus kes hemofilia tidak mempunyai sejarah penyakit ini dalam keluarga.

Ketua Bahagian Transfusi Darah, Pusat Darah Negara (PDN), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, berkata dua jenis hemofilia yang paling lazim ialah hemofilia A dan B.

Hemofilia A (klasik) bermakna pesakit mempunyai sangat sedikit atau tiada langsung protein pembeku darah yang dipanggil Faktor VIII dan ia dihidapi kira-kira 85 peratus pesakit. Pesakit hemofilia B (juga dipanggil penyakit Krismas) mempunyai sedikit atau tiada langsung protein pembeku darah, Faktor IX.

Menurut laporan Kesatuan Hemofilia Sedunia, dianggarkan 400,000 orang mengalami masalah hemofilia A tetapi hanya 25 peratus yang mendapat rawatan sewajarnya. Ini bermakna 75 peratus lagi tidak menerima rawatan mencukupi, masih kurang kesedaran mengenai penyakit atau tidak mendapat penjagaan yang diperlukan.

Jumlah pesakit hemofilia di rantau Asean juga ramai iaitu kira-kira 4,800 orang dengan Malaysia (1,100); Indonesia (1,100); Thailand (1,780) dan 850 orang di Filipina (berdasarkan pesakit berdaftar dengan persatuan hemofilia setiap negara).

Bagaimanapun, kata Dr Tun Maizura, jumlah sebenar pesakit tidak diketahui tetapi dianggarkan jauh lebih tinggi kerana penyakit ini masih kurang dikesan dan tidak ramai yang menyedari kewujudannya.

Apabila seseorang mempunyai hemofilia bukan bermakna pendarahan berlaku lebih teruk atau cepat berbanding orang lain; cuma pendarahan itu berlaku dalam tempoh yang panjang. Tahap penyakit berbeza antara individu bergantung kepada jumlah faktor pembeku dalam darah.

Di mana pendarahan kerap berlaku?

Pesakit hemofilia mengalami pendarahan dalam dua bentuk: luaran (pada kulit) dan dalaman (sendi, otot dan organ dalaman). Meskipun luka luaran boleh memberi kesan besar terhadap pesakit tetapi kebanyakan kes membabitkan pendarahan dalaman.



Sendi - Ini bahagian yang paling kerap mengalami pendarahan, terutama pada lutut, buku lali dan siku. Pendarahan yang kerap berulang boleh merosakkan kartilaj dan sendi yang akhirnya menyebabkan pesakit mengalami masalah artritis (sakit sendi) kronik dan hilang keupayaan.


Otot iliopsoas (di hadapan pangkal paha), lengan (siku ke bawah) dan betis adalah kawasan pendarahan yang serius.

Sesetengah pendarahan amat serius dan boleh membawa maut, contohnya pendarahan pada kepala, kerongkong, usus dan otot iliopsoas; jika tidak dirawat segera.

Gejala

Tahap gejala juga bergantung kepada kandungan faktor pembeku darah. Bagi orang normal, aktiviti faktor pembeku darah ini ialah antara 50 hingga 150 peratus.

Seseorang itu dikategorikan mengalami hemofilia ringan jika aktiviti faktor pembeku darah dalam lingkungan lima hingga 40 peratus, hemofilia sederhana (satu hingga lima peratus) dan hemofilia teruk jika aktiviti ini kurang daripada satu peratus.

Pesakit hemofilia yang mempunyai aktiviti faktor pembeku darah antara lima hingga 25 peratus (hemofilia ringan) biasanya tidak menyedari mereka menghidap penyakit ini tetapi akan mengalami pendarahan berlebihan selepas pembedahan, cabut gigi atau kecederaan. Pada masa lain, mereka mungkin tidak alami masalah pendarahan.

Pesakit hemofilia sederhana boleh alami pendarahan teruk selepas pembedahan atau kecederaan dan jika tidak dikawal akan membawa maut. Beberapa episod pendarahan teruk boleh berulang tanpa sebarang sebab (spontan).

Pesakit hemofilia teruk pula biasanya mengalami gejala pendarahan pertama sebelum berusia 18 bulan. Biasanya mereka alami pendarahan di sendi dan otot tanpa sebarang sebab. Mereka juga mudah mendapat lebam akibat pendarahan dalaman.

Diagnosis dan rawatan

Doktor biasanya mengesyaki kes hemofilia jika pendarahan (akibat kecederaan) yang tidak berhenti pada kanak-kanak lelaki atau mereka alami pendarahan tanpa sebab. Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian makmal bagi mengesan aktiviti faktor pembeku darah.

Pesakit akan diingatkan untuk mengelakkan daripada terbabit dalam aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan (termasuk aktiviti lasak) dan perlu berhati-hati dalam pengambilan sesetengah jenis ubat seperti aspirin kerana boleh mencairkan darah dan menyebabkan keadaan pesakit bertambah teruk.

Mereka perlu memaklumkan doktor gigi mengenai penyakit ini sebelum menjalani sebarang rawatan pergigian. Ia juga perlu diberitahu kepada doktor sebelum pesakit menjalani pembedahan, terutama bagi pesakit hemofilia ringan bagi mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini.

Walaupun rawatan hemofilia sudah semakin maju tetapi masih belum ada ubat untuk menyembuhkannya. Namun, penyelidik tidak jemu mencari jalan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Rawatan awal hemofilia A ialah transfusi darah untuk memberikan Faktor VIII tetapi kaedah ini ada kelemahan kerana hanya separa berkesan. Pesakit perlu ditahan di hospital dan mempunyai risiko pemindahan kuman melalui darah.

Kini ada rawatan yang lebih baik iaitu faktor antihemofilik (rekombinan) yang diberikan untuk mengelakkan pendarahan spontan atau menghentikan pendarahan jika berlaku dan rawatan boleh dilakukan sendiri di rumah.

Menurut Naib Presiden Persatuan Hemofilia Malaysia, Taqrir Akramin Khalib, pesakit hemofilia boleh menjalani hidup sebaik orang normal jika mendapat rawatan dan penjagaan rapi. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak sedar mengenai kewujudan penyakit ini.

Justeru, Kem Hemofilia Asia Pasifik bertema 'Love.Learn.Live' diadakan khusus pesakit daripada empat negara untuk membincangkan pelbagai aspek kehidupan pesakit, termasuk kesihatan fizikal, emosi dan psikologi serta berkongsi pengalaman.

Fibromyalgia serang wanita

AWAS kepada wanita yang bekerjaya! Anda berisiko mengalami masalah kesihatan yang jarang kita dengar iaitu `fibromyalgia'. Ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lesu, sakit pada hampir seluruh otot badan selain mengakibatkan penghidapnya berasa serba tidak kena atau menjadi gelisah.

Dengan masalah kesihatan yang puncanya masih menjadi misteri, penyakit fibromyalgia akan menyebabkan sakit, tegang dan bengkak pada bahagian otot, tendon dan sendi, sekali gus menjejaskan keupayaan bekerja atau untuk melakukan aktiviti harian.

Sesetengah pakar perubatan berpendapat fibromyalgia kemungkinan disebabkan penghidapnya mempunyai sel saraf terlalu sensitif dan bahan kimia dalam otak (neurotransmitter) keluar daripada keseimbangan atau berkaitan dengan masalah dengan fasa dalam tidur tetapi tiada fakta yang boleh menyokongnya, sekali gus menyebabkan ia menjadi sungguh `unik'.

Berikutan keunikan fibromyalgia itu, sekumpulan pakar dari seluruh Asia Tenggara cuba menjalankan kaji selidik mengenai penyakit berkenaan menerusi program Kaji Selidik Kesedaran, Kebimbangan dan Gaya Fibromyalgia Asia Tenggara (S.E Asia FACTS) yang diketuai Presiden Persatuan Pengajian Kesakitan Kronik Thailand, Prof Bersekutu Pradit Prateepavanich.










Kaji selidik itu mendapat sokongan Pfizer Inc dan segala datanya dikumpul selama sebulan sejak Jun lalu dibentangkan kepada media dari Malaysia, Indonesia dan Thailand di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.




Kaji selidik itu dibentangkan sendiri oleh Prof Pradit dan Ketua Kawalan Kesakitan Klinik Makati di Pusat Perubatan Makati, Filipina, Dr Henry Lu.

Turut serta pesakit fibromyalgia, Angela Chiarapurk, bagi menceritakan pengalamannya sehingga diagnosis.

Kaji selidik berkenaan membabitkan 506 responden awam dan 941 doktor di lima negara Asia Tenggara iaitu Thailand, Singapura, Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Hasilnya menunjukkan bahawa fibromyalgia kurang difahami sama ada oleh responden awam atau doktor sendiri hingga menyebabkan pesakit terpaksa menunggu antara tiga hingga empat bulan untuk diagnosis.

Kaji selidik juga mendedahkan pesakit yang mempunyai pengalaman fibromyalgia akan mengalami konsekuensi kewangan yang serius kerana tidak mampu bekerja hingga menyebabkan hidup mereka semakin tertekan.

“Kaji selidik ini adalah yang pertama dibuat di Asia Tenggara, hasilnya amat penting bagi membolehkan kita menilai tahap dan `berurusan' dengan fibromyalgia di Asia Tenggarai.

"Saya berharap kesedaran penemuan laporan kami membantu memulakan dialog mengenai cara meningkatkan diagnosis dan pengurusan orang dengan fibromialgia di Asia." kata Prof Bersekutu Pradit.

Menurutnya, fibromyalgia disifatkan sebagai sesuatu yang umum tetapi ia kronik, tersebar luas dan sudah mempengaruhi 40 juta orang di seluruh dunia.

Data saintifik menyokong konsep `neuron hiper-sifat dapat dirangsang di bahagian pemprosesan dan emosional dalam otak' dan ini menjelaskan kenapa pesakit fibromyalgia lebih peka terhadap rasa sakit, sakit lebih teruk daripada orang lain, pesakit miskin yang sangat respons terhadap tekanan.

Beliau berkata, fibromyalgia biasanya disertai kurang tidur, simpulan dan kelelahan. Perempuan lebih senang mengalaminya berbanding lelaki dengan nisbah 9:1.

Di samping itu, hampir 60 peratus daripada pesakit Thailand dan sekurang-kurangnya 20 peratus responden di empat negara lain yang menjalani kaji selidik menyatakan kualiti kerja mereka terjejas kerana terpaksa mengambil cuti sakit.

Kira-kira 60 peratus pesakit di Indonesia, Filipina dan Thailand serta 30 peratus lagi di Malaysia dan Singapura mendakwa sukar untuk mendapatkan diagnosis fibromyalgia.

Pesakit terpaksa menunggu antara lima hingga 15 bulan untuk diagnosis selepas mengalami gejala pertama dan terpaksa melalui tambahan sehingga tiga hingga sembilan bulan lagi untuk rawatan.

Bagi Ketua Kawalan Kesakitan Klinik Makati di Pusat Perubatan Makati, Filipina, Dr Henry Lu, berkata masalah ketara bukan hanya untuk mencari punca kepada fibromyalgia tetapi juga didapati sebahagian besar doktor di Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand sendiri tidak begitu mengenali fibromyalgia serta lebih separuh daripada mereka tidak yakin mengenai kaedah rawatan atau menguruskan pesakit mereka.

"Keadaan ini menunjukkan bahawa fibromyalgia adalah topik yang tidak dikenali. Justeru, hasil kaji selidik ini menunjukkan bahawa doktor di seluruh Asia memerlukan lebih banyak pengalaman dan latihan dalam menguruskan pesakit fibromyalgia.

"Sangat penting bahawa komuniti perubatan sekarang mengambil langkah untuk menyediakan doktor dengan pendidikan, latihan dan sokongan yang mereka perlukan untuk membantu menguruskan pesakit," katanya.

Secara umumnya, menurut Dr Henry, kesakitan akibat fibromyalgia selalunya bermula daripada otot dan boleh berlaku pada dua bahagian tubuh sama ada di bawah atau atas paras pinggang yang menjejaskan leher, punggung, bahu, lengan, bahagian atas badan dan dada.

"Fibromyalgia ialah masalah yang biasa berlaku di otot. Tisu yang sakit biasanya tidak disertai dengan masalah radang. Maka, ia tidak merosakkan tubuh atau organ dalaman.

“Kesakitan pula selalunya bertumpu di kawasan lembut yang membolehkan rasa sakit ketara apabila disentuh, terutama pada bahagian siku, bahu, lutut, pinggul, belakang kepala serta bahagian tepi tulang dada.

"Walaupun puncanya tidak diketahui, bagi kebanyakan kes, ia lebih kerap berlaku pada wanita berusia 35 hingga 55 tahun. Ada kalanya berlaku sendiri dan ada kalanya berkaitan dengan penyakit lain," katanya.

Simptom fibromyalgia juga berbeza bagi setiap penghidapnya iaitu hampir 90 peratus pesakitnya akan berasa keletihan yang keterlaluan yang dikaitkan dengan pola tidur yang luar biasa disebabkan tidak mendapat kualiti tidur yang cukup kerana biasanya akan kerap terjaga daripada tidur dan sukar melelapkan mata kerana sakit otot.

Katanya, pesakit fibromyalgia juga biasanya akan mengalami gangguan emosi yang boleh dilihat menerusi masalah seperti kurang tumpuan, mudah lupa, perasaan mudah berubah-ubah, tertekan dan kerisauan.

“Satu lagi simptom yang biasa dialami pesakit ialah masalah migrain dan kebas di beberapa bahagian badan. Malah, ada yang mengalami gangguan pada sistem pencernaan. Disebabkan simptom yang pelbagai itulah, setiap pesakit fibromyalgia dianggap unik,” katanya.

Disebabkan punca fibromyalgia tidak diketahui, tiada satu rawatan khusus untuk membantu melegakan simptom berkenaan. Oleh itu, perbincangan dengan doktor membantu memastikan rawatan terbaik tetapi biasanya akan mengambil pil atau ubat melegakan otot serta senaman terapi yang dikenal pasti juga boleh membantu.

Sementara itu, Angela, 33, yang mengalami fibromyalgia sejak berusia 24 tahun mengakui pengalaman akibat penyakit berkenaan amat memeritkannya sebelum didiagnosis pada tahun lalu oleh Pradit.

Sebelum didiagnosis menderita fibromyalgia, Angela sudah bertemu dengan sembilan profesional kesihatan yang berbeza dalam sembilan tahun, termasuk ahli saraf, dua akupunktur, pakar tulang dan pengamal perubatan Cina dengan harapan mendapatkan memberi rawatan terhadap penyakitnya ketika itu.

“Keadaan tetap tidak berubah dan menyebabkan saya agak kecewa kerana semua itu tidak membantu melegakan sakit dan terus `terseksa' secara fizikal dan mental,” katanya.

Beliau berkata, kerana sakitnya itu menyebabkan dia berhadapan sukar untuk tidur dan keadaan itu menyebabkan dia mengalami gangguan dalam kemampuannya untuk ke tempat kerja.

“Saya turut mengalami perubahan dalam kegiatan sosial serta kesakitan itu juga membuat saya cepat hilang sabar dan lebih mudah tersinggung,” katanya.

Angela kemudian dirujuk kepada Pradit sebelum mengesannya sedang menderita fibromyalgia yang dikenal pasti sebagai penyakit kronik tanpa ubat kekal.

Namun, Angela tidak menyerah dan bertekad untuk mengembalikan hidup normalnya dan atas nasihat Pradit dengan mengubah gaya hidupnya, termasuk dari segi mengguna bantal ketika tidur hingga kepada pemakaian kasut agar mengikut postur yang lebih seimbang dengan fizikalnya serta mengamalkan senaman terapi.

Sejak itu, sakitnya semakin berkurangan dan sudah boleh dapat tidur lebih lena dan lama.

sumber harian metro 23 november 2009

Sabtu, 21 November 2009

minuman berperisa Arak

KUALA LUMPUR: Luaran nampak seperti minuman ringan biasa, namun ia sebenarnya minuman berperisa arak yang kini menjadi kegilaan remaja terutama di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Mendedahkan perkembangan membimbangkan itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N V Subbarow, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati minuman itu mengandungi alkohol 5.5 peratus.

Menurutnya, ramuan arak yang ditin dan dibotolkan itu menggunakan pewarna seperti warna oren, epal dan campuran buah tropika bagi menarik perhatian pembeli membelinya dengan harga antara RM5 hingga RM12 sebotol.

“Ibu bapa terutama mereka yang beragama Islam perlu memberi perhatian serius kerana peratusan alkohol dalam minuman ringan ini melebihi kandungan (alkohol) yang terkandung dalam setin ‘beer’ iaitu 5 peratus saja.


“Kajian yang dilakukan CAP mendapati lebih 50 peratus murid dan pelajar sekolah kini menyukai minuman ini. Lebih serius ia mudah didapati di pasar raya mini dan kedai serbaneka.


“Pejabat CAP dihujani panggilan daripada golongan ibu bapa yang risau dengan penjualan minuman ringan itu kerana ada di antaranya mendakwa anak-anak mereka berasa pening lalat selepas meminumnya,” katanya di Balai Berita di sini, semalam.

Selain itu, pihak CAP turut mendapat aduan daripada pihak sekolah yang mengatakan segelintir murid dan pelajar membawa minuman ini ke sekolah untuk tujuan mengadakan jamuan hari jadi.

Menurutnya, tinjauan CAP mendapati terdapat lebih 25 jenama minuman ringan berperisa alkohol dijual di pasaran negara ini.

“Undang-undang negara jelas menyatakan sebarang minuman yang mengandungi alkohol dilarang penjualannya secara terbuka kepada golongan berumur 18 tahun ke bawah.

“Tetapi murid dan pelajar sekolah secara biasanya tidak gemar membaca kandungan label dan terus minum sebaik saja membelinya.

“Justeru, CAP bimbang dengan perkara ini kerana ia tahap permulaan untuk mereka minum arak apabila meningkat dewasa,” katanya.

sumber dari harian metro 21november 2009

air mata taubat

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya kelangit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalirdi jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

#Apa Yang Akan Ditanya:
* Dalam sehari ada 24 jam.
* Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320
kali.
* Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua
perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

#Tiga Cahaya Di Hari Kiamat.

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :

* "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah
manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
* Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang
mengambil air sembahyang sebelum azan.
* Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti
matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di
dalam masjid sebelum azan lagi."

#Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari Neraka Jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun enjawab, "saya mahu mencari lima orang.

* Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
* Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
* Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
* Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di
dalam masjid.
* Kelima, orang yang suka minum arak."

Alhamdulillah

Mungkin begini la kita sebenarnya.... RENUNG-RENUNGKANLAH...

Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Wallahu'alam.-..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.



Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ......"
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR

dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.



Sekadar pandangan ikhlas dari seorang hamba Allah yang tidak sempurna semuanya.


Terimakasih Uda diatas kiriman email diatas..sebuah peringatan amat berharga!

Can I Borrow $25? -must read it!

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.

SON: 'Daddy, may I ask you a question?'

DAD: 'Yeah sure, what it is?' replied the man.

SON: 'Daddy, how much do you make an hour?'

DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

DAD: 'If you must know, I make $50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down! .

SON: 'Daddy, may I please borrow $25?'

The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down , and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that $25.00 and he really didn't ask for money very often The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' He asked.

'No daddy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the man. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The man saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father..

'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard ! in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

Khamis, 19 November 2009

Doa orang berdosa ditolak Allah

SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.

Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.


Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.

Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya?

Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji?

Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.

Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya.

Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:



Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.


Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.


Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.

Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.


Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."

Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.


Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

sumber harian metro 20november 2009

Rabu, 18 November 2009

Rasulullah SAW dengan sebiji limau

Rasulullah SAW dengan sebiji limau



Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.” Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Apa yang kamu pakai lusuh

Renungan Bersama,

Zakat menyucikan,siapa yang berzakat akan berkat dan bertambah hartanya, Di dunia ini bagi menjadi kaya bukanlah dengan cara mengambil tetapi dengan cara memberi lebih besar berkat memberi dari menerima.
Sumbangan yang diharapkan supaya dikembalikan agar dikembalikan, bukanlah sumbangan.Ketahuilah,
Apa yang kamu makan habis
Apa yang kamu pakai lusuh
Apa yang kamu nafkahkan kekal

Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Nabi saw.
mengirim Mu'adz ke negeri Yaman. Beliau bersabda kepada-nya ;'' Ajaklah mereka supaya mengakui bahawa tiada Tuhan
selain ALLAh, dan sesungguhnya aku pesuruh ALLAH. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, terangkan kepada mereka bahawa ALLAH swt. mewajibkan kepada mereka
solat lima kali sehari semalam. ajarkan bahawa ALLAH swt. memerintahkan kepada mereka supaya membayar zakat harta mereka,diambil dari orang yang kaya diantara mereka, dan diberikan pada orang-orang yang miskin. Jika itu yang telah dipatuhi mereka.Jagalah supaya kamu jangan mengambil harta mereka yang paling berharga. Takutilah doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya antara dia dengan ALLAH tidak ada dinding(doa orang yang teraniaya cepat diperkenankan ALLAH)- Hadith Shahih Bukhari 716


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

.

Usah buka aib sesama Muslim

AdDinTazkirah Remaja: Usah buka aib sesama Muslim

Bersama Mohd Zawawi Yusoh







Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."



********************************************************************


Cubakita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padangpasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.







" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.