Rabu, 18 November 2009

NIKMAT KASIH kasih dan sayang

Allah Anugerahkan. ...!!
Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai
isu. Dia akan datang
kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti
banyak perkara. Ada-ada
saja aduan atau kritikan yang dilemparkan -
selalunya mengenai
tanggungjawab kamilah.

Dia akan menyalahkan
saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun
saya bangga memiliki
anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada
juga rasa tersinggung
dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau
perlu merayu dia akan
merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung.
Kalau perlu 'mengugut'
dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala
ketawa besar saya dan
suami dibuatnya.

Saya dan suami perlu
bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu
menggunakan idea logik
untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala
menggelikan hati - hujah
seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum
dengannya ialah sikapnya yang
akan meminta maaf
apabila hatinya puas
berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan
minta maaf sambil ketawa
dan akan meminta maaf dengan lebih
sempurna
beberapa ketika
kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru
selesai
solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil.
Suami
saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang
akan
dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan
telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya

bertanya.>

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal,
terus menekup
mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya
pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya
dan berkata "Tak
apalah..h..h. ...

Adik boleh usaha
lagi."

"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti
abah dan
mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik
belajar tak
pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam
mana?" suami saya cuba
memujuk dengan suara
lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi,"
kata Adik
masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku
aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang
ajalah!" saya
menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti,
marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk
berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli
ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung
bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba
jadi kaya macam
bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung
bulan."

Saya berpinar
mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik
hati saya.
Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini
mengeluarkan
kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya
terus
berbisik.

"Adik...... tak baik cakap macam tu dengan abah!"
saya berkata
perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk
perut mak lain. Adik masuk perut
mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung
bulan," dia terus bersuara
sambil menangis
teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu
seketika.
Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah.
Begitu mudah
seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap
kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?"
saya
bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang
takdir dan
nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada
dan qadar
lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik.
Saya
mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan
tenteram.

"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak
mak..." saya
mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya.
Disembam
mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran
seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut
mak yang kaya, ada
yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar
Kasih- Sayang ," kata
saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan
takkan
dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar
bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah
anugerah
Tuhan
kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih.
Adik juga
begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia

takkan
memahaminya.

"Kerana Kasih-
Sayang lah Adik lahir dan
kerana Kasih- Sayang juga
kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah

Adik dengan Kasih- Sayang .
Adik tak besar dengan
duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi
saya. Air
mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya
nampak suami
tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli
buku Adik banyak-banyak tau.
Adik nak dapat A semua dalam UPSR."
katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan
saya dan
ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan
malam.
Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata
saya
meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak
itu...
- terharu
sungguh..... ..!!

Begitulah indahnya dan
hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis
Qudsi,

Allah
sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,>
kalau
tidak kerana Kasih-
Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan
Dunia
ini........"

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat
makan nasi tanpa kuah
dan lauk

" wahai tuhan ku, aku tak
layak
kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu.. ......., kami lah
hamba yang mengharap belas
darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang
bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa
semua
umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan