Sakit kepala tiada penawar ini turut dialami kanak-kanak seawal 10 tahun
SEBUT saja migrain, ramai dapat membayangkan betapa azabnya berdepan masalah sakit kepala ini. Apa tidaknya, bukan sekadar kepala yang berdenyut, tetapi mata terasa perit untuk dibuka, pandangan kabur, sukar berdiri dan ada ketikanya seperti hendak pitam. Malah, sakit kepala ini juga boleh menyebabkan mood yang pada awalnya baik, boleh berubah menjadi marah dalam sekelip mata.
Hakikatnya, migrain bukan sekadar sakit kepala. Kerap kali ia dirujuk sebagai masalah neurologi yang biasa menyerang khususnya wanita. Serangan migrain selalunya berlaku pada sebelah bahagian kepala, rasa sakit yang seakan dicengkam, loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan.
Dari segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf fiber yang melingkari sekitar saluran darah itu. Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri membengkak.
Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, berkata migrain adalah masalah yang biasa ditemui dengan anggaran antara tiga hingga 29 peratus penduduk.
“Kerap kalinya migrain menyerang mereka yang berusia 16 tahun ke atas. Namun, kanak-kanak seawal usia 10 tahun boleh diserang migrain tetapi ia sedikit berbeza,” katanya.
Dr Zainordin berkata, migrain kanak-kanak ini mempunyai simptom seperti muntah atau loya. Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala.
Migrain di kalangan dewasa pula biasanya menyerang pada sebelah kiri atau kanan kepala. Rasa sakitnya pula berbeza-beza bagi setiap pesakit. Ada yang berasa sedikit kesakitan dan tidak kurang yang mengalami rasa sakit keterlaluan.
Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.
Berbanding lelaki, wanita lebih kerap mengalami migrain yang dipercayai berkaitan dengan perubahan hormon, terutama ketika waktu haid. Bagi seorang perempuan yang kerap diserang migrain, serangan itu akan berhenti apabila dia hamil. Namun, migrain kembali menyerang selepas melahirkan anak.
Ramai percaya migrain bukan penyakit yang diwarisi secara genetik. Bagaimanapun jika ada ahli keluarga anda mengalami migrain, anda berkemungkinan turut mengalaminya.
Migrain terbahagi kepada dua jenis
1) Migrain biasa (tanpa aura)
Rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala saja. Ada kala diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit. Biasanya terjadi pada sembilan daripada 10 pesakit. sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.
2) Migrain klasik (dengan aura)
Sebelum serangan, biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok. Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.
Punca
1) Tekanan - ada kala serangan migrain berlaku akibat komplikasi tekanan. Apabila tekanan hilang, pesakit diserang migrain.
2) Terdedah kepada sinaran lampu, bunyi bising atau kepanasan yang melampau.
3) Tidak cukup tidur atau terlebih tidur.
4) Perubahan hormon.
Pencetus migrain
Jelas Dr Zainordin, ada sesetengah makanan berpotensi menjadi pencetus migrain. Walaupun bukan pada semua orang, tetapi bagi sesetengah pesakit, mereka akan diserang migrain apabila mengambil coklat, keju, buah-buahan sitrus, ais krim atau minuman kafein.
“Ada bezanya antara migrain dengan sakit kepala biasa. Serangan sakit kepala setiap hari adalah sakit kepala biasa. Migrain sebaliknya membabitkan serangan seminggu sekali atau sebulan sekali. Migrain ini biasanya berdenyut dan kesakitannya pada sebelah bahagian kepala saja,” katanya.
Walaupun ada kes pesakit migrain yang mengalami kesakitan pada kedua-dua belah kepala, tetapi ia jarang berlaku.
Migrain tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dielak dengan mengurangkan tekanan, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan. Selain itu jika anda menyedari tanda-tanda awal migrain, ia boleh dicegah dengan mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin, paracetemol atau ubat khusus untuk migrain.
Namun, mengambil ubat terlalu kerap tanpa nasihat doktor akan menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti gastrik.
Rawatan
Berdasarkan keadaan anda, doktor akan memberi ubat-ubatan yang bersesuaian. Ada pelbagai jenama ubat yang boleh anda beli di pasaran. Bagaimanapun, berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat adalah cara paling baik.
Memandangkan ia adalah masalah yang sehingga kini belum dapat ditangani, anda perlu bijak menguruskan migrain, termasuk menjauhi makanan-makanan yang boleh mencetuskan masalah itu selain mengawal tekanan dengan baik.
INFO: Makanan pencetus migrain
coklat
keju
buah-buahan sitrus
ais krim
minuman kafein
petikan dari berita harian
Ahad, 14 Februari 2010
Khamis, 4 Februari 2010
Pewangi sisa buah-buahan
TAHUKAH bahawa anda mampu menghasilkan penyegar udara sendiri dengan menggunakan sisa buah-buahan dan sayuran dari dapur rumah?
Ia bukan sahaja satu langkah penjimatan kerana tidak perlu membeli semburan penyegar di kedai, malah penyediaannya tidak melibatkan kos yang mahal. Anda hanya perlu menunggu tiga bulan untuk mendapatkan hasilnya.
Sekumpulan pelajar Kolej Taylor's yang terlibat dalam demonstrasi membuat ekoenzim sempena minggu Go Green memberitahu, untuk menyediakan ekoenzim seseorang itu hanya memerlukan sisa buah-buahan atau sayuran, gula perang dan air.
Menurut Akmal Arif, 19, ekoenzim merupakan satu larutan kompleks yang dihasilkan melalui proses pemeraman antara campuran sisa dapur yang segar seperti buah-buahan dan sayuran, gula serta air.
"Enzim ini mudah dihasilkan dan boleh disediakan sendiri oleh setiap isi rumah. Apa yang perlu dilakukan ialah campurkan 10 bahagian air, satu bahagian gula dan tiga bahagian sisa dapur ke dalam bekas kedap udara.
"Bekas itu kemudian perlu ditutup ketat dan disimpan selama tiga bulan, tetapi penutupnya perlu dibuka atau dilonggarkan setiap hari untuk melepaskan gas," katanya ketika menerangkan kaedah penyediaan ekoenzim.
Sementara itu, rakan sekumpulannya, Nasrul Yusof, 19, menerangkan bahawa kaedah menjadikan ekoenzim berbau wangi adalah dengan menggunakan sisa buangan buah-buahan sitrus.
"Selain dijadikan semburan penyegar udara, ekoenzim juga boleh digunakan untuk mencuci lantai, melembutkan fabrik, baja organik serta boleh digunakan untuk membasuh baju.
"Apa yang perlu dilakukan adalah mencampurkan satu penutup botol ekoenzim dengan air, kemudian ia boleh digunakan dalam cucian," jelasnya.
Projek ekoenzim sempena kempen hijau itu melibatkan empat pelajar yang lain iaitu Zi Chuen, Rebecca, Michele dan Mohd. Amin Md. Daud.
Kumpulan pelajar tersebut tampil dengan idea itu bagi mendedahkan kepada masyarakat khususnya kepada rakan sekelas mereka mengenai kebaikan ekoenzim. Pada masa yang sama, mereka membawa mesej penjagaan alam sekitar
petikan dari kosmo

Isnin, 1 Februari 2010
Brokoli lawan barah
BROKOLI adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga kobis Brassicaceae yang bermaksud 'bunga di atas kubis.'
Banyak digunakan dalam masakan masyarakat Eropah dan turut popular di kalangan penggemar sayuran di negara kita, ia didapati mempunyai kelebihan untuk menangani barah.
Tumbuhan yang berasal dari Itali itu dikatakan memiliki unsur sebatian yang dapat membantu melawan bakteria yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori) yang boleh menyebabkan ulser, gastritis dan barah perut. Bukti terbaru itu ditemui hasil kajian penyelidik farmakologi klinikal, Profesor Dr Akinori Yanaka dari Fakulti Sains Farmasi, Universiti Sains, Tokyo, Jepun yang dibiayai Institut Penyelidikan Kanser Amerika (AICR), baru-baru ini.
Diterbitkan dalam jurnal penyelidikan AICR membabitkan pencegahan barah, kajian itu menunjukkan pesakit yang dijangkiti bakteria H pylori yang diberi makan dos harian mengandungi tunas atau pucuk brokoli berkesan untuk membantu menghalang bakteria itu daripada terus merebak.
Pucuk atau tunas brokoli dan brokoli didapati kaya dengan sulforafan, sejenis sebatian yang sebelum ini dikenali oleh penyelidik yang sama sebagai sejenis antibiotik yang berkesan terhadap H pylori.
Pucuk atau tunas itu mengeluarkan jumlah sulforafan yang sama banyak iaitu dua hingga tiga kali ganda seperti yang terkandung dalam sesuatu brokoli. Dr Akinori juga berjaya membuktikan kelebihan pucuk atau tunas brokoli berbanding dos rumput alfalfa yang diberikan selama lapan minggu kepada pesakit yang mempunyai bakteria berkenaan.
"Selepas tempoh itu, kumpulan yang menerima dos tunas atau pucuk brokoli menunjukkan penurunan jumlah H pylori yang sangat ketara berbanding dengan kumpulan yang diberi makan alfalfa yang tidak mempunyai sebarang perubahan," katanya.
Menurutnya, selepas dua bulan pesakit terbabit berhenti memakan dos brokoli, tanda menunjukkan jumlah bakteria berkenaan kembali seperti pada tahap sebelumnya. Laporan yang sama juga menegaskan saintis terbabit berjaya membuktikan bahawa apabila tikus yang dijangkiti H pylori menghirup air yang dicampurkan tunas brokoli dalam tempoh lapan minggu, berlaku peningkatan yang jelas dalam aktiviti dua unsur sebatian yang melindungi sel daripada kerosakan oksidatif.
Jumlah H pylori dalam perut tikus yang menghirup air bercampur brokoli itu menjadi berkurangan, tetapi perubahan tidak berlaku ke atas tikus yang menghirup air biasa tanpa campuran brokoli. Penyelidik itu merumuskan bahawa brokoli yang kaya dengan sulforafan menjanjikan masa depan yang lebih positif untuk melawan bakteria H pylori secara langsung atau tidak langsung bagi melindungi barah perut.
petikan harian metro

Langgan:
Ulasan (Atom)